
Good News! Admin hari ini nak sharing cket kepada daddy & mummy yg baca article ini berkaitan dengan YAWAS! Apa yg anda akan dapat dengan YAWAS ini?

#1 Apakah itu YAWAS
YAWAS merupakan Yayasan Warisan Anak Selangor. Projek ini merupakan salah satu projek dari Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS).
#2 Apa maanfaat yang akan saya dapat?
Anak-anak akan menerima sebanyak RM1500 apabila kanak-kanak mencecah umur 18 tahun. (Apply jeh walaupun kena tunggu sampai umur 18, kan duit freee
)
#3 Ada apa syarat-syarat tertentu?
Yeh… Memang ada syarat yg tertentu. Syaratnya adalah seperti berikut:
3. Lahir di Selangor atau di luar Negeri Selangor mulai 1 January 2008 DAN
#4 Saya minat gila, tapi mana boleh saya daftarkan untuk anak saya?
Huh.. Anda boleh visit lokasi seperti di bawah:
1. Opis YAWAS
2. JPN
3. Permohonan ONLINE (Walaupun senang, tapi tidak digalakkan)
4. Jabatan / Agensi Negeri
#5 Jenis dokumen yg diperlukan adalah?
1. MyKid Photocopy & Sijil Kelahiran Anak
2. Parent's IC Photocopy
3. Surat Pengakuan anak angkat (Jika Perlu)
4. Cop Pengesahan Taraf Mastautin dari Ketua Kampung, Penghulu, dan pengerusi Taman Perumahan (Jika Perlu)
Attention: Semua photocopy kena ada dua set
#6 Mana satu cawangan JPN boleh daftarkan YAWAS?
- Kajang
- Gombak
- Kuala Selangor
- Shah Alam
- Klang
- Petaling Jaya
- Port Klang
- (Check JPN Website untuk maklumat selanjutnya)
#7 Jika saya telah berjaya mendaftarkan untuk anak saya, apakah langkah seterusnya?

Jika anda telah berjaya mendaftarkan untuk anak anda, YAWAS akan mengeluarkan satu Penyata Simpanan Tabung Warisan Anak Selangor. Jika anda ingin mendapatkan original Penyata dari YAWAS cawangan, anda kena membawa sekali MyKid atau Sijil Kelahiran.
#8 Tempat tu jauh siooool… Boleh tak suruh dorang kirimkan untuk saya?
Pergh…. Malas korang yeh.. Haha x3… Jangan risau, anda memang boleh suruh pekerja YAWAS kirimkan untuk anda (Tapi kena pastikan address tu betul)
#9 Kita kena simpan 18 tahun yer…. Jika certificate tu hilang camna? RM1500 tu banyak oh….
Jika anda sudah registered, system YAWAS memang ada catatan butiran anak anda. Jika certificate sudah hilang, anda boleh membayar RM10 kepada YAWAS untuk dapatkan yg baru (Admin xpasti GST6% samada termasuk ke tidak.)
Huh… Sape yang minat sangat tu boleh daftarkan sekarang. Nanti cecah umur 18 tahun tu boleh dapatkan sejumlah RM1500! Walaupun RM1500 tu bukan banyak sangat, tetapi ini memang rezeki untuk anak Selangor! Tunggu apa lagi? Daftarlah sekarang!